tabung masa depan !

Sunday 16 December 2012

personaliti melalui cara tido


hye u olls !

ari neh aku nak wat entry sal gaya tido pulakk .. huahuahua ..korang na tahu ta ape personaliti korang melalui cara tido .. ? mesti ada yg na kan ? kikiki .. ^-^


ehh korang ! kalo korang tido penah ta korang cm na control cara tido masa mle-II na tido ?
aku yakin mesti ad yg control .. takan korang ta penah tido dalam kelas ke , kt tempat keje ke .. kankankan ? 
kalo aku tido kt umah or kt kolej , memang aku ta control cara tido .. lagipon family n kawan-II je yang tahu cara aku tido  ..
ta kesah laa kuak ape yg aku buat masa tido tu , aku terlentang ke , aku menonggeng ke , sume tu aku ta peduli janji aku tido lena .. huhhuhuhu .. buruk perangai kan ? ahahahaha .. ahhhh ! ta peduli :P


oke ! kembali ke tajuk entry ari neh .. utk info tambahan ..
seorang ahli psikologi salah sebuah universiti tempatan pernah berkata, tingkah laku manusia agak sukar untuk difahami .. yelaah , manusia nie rambut je sama hitam tapi hati laen-II kan .. haaa ! kan dah terkeluar peribahasa tuh .. hehe ..
sebabnye , tingkah laku nie umpama `topeng' yang dipakai dan boleh berubah-ubah mengikut tempat, masa dan keadaan .. 


nie gambar cara tido yg popular :)



cara korang tido yang mana satu ekk ? cepat pilih n baca kt bawah nie ..hehehe

# foetus

cara tido nie agak cute .. kan ? mereka yg tido dlm posisi ini digambarkan sebagai seorang yang tabah dari segi luaran, tetapi begitu sensitif .. muka legend tapi hati jambu .. huhuu .. seorang yang pemalu , apabila bertemu seseorang buat kali pertama , tetapi lama-kelamaan relaks ..

bilangan wanita tidur dengan cara ini dua kali ganda lebih banyak, berbanding lelaki.

# log

orang yang tidur seperti ini tergolong dalam kelompok mereka yang tidak serius dan gemar bersosial ..

mereka mudah diperdayakan kerana mudah percaya pada orang yang tidak dikenali .. so , korang kena lah hati-II taw .. bukan sume orang bole dipercayai sekarang nie .. 

# yearner

seorang yang terbuka, tetapi sinis dan mudah sangsi terhadap orang lain .. lambat membuat satu-satu keputusan , tetapi , sukar mengubah keputusan yang telah dibuat .. bagus laa korang nie , berpendirian tetap .. SALUTE ! 

# soldier

tergolong sebagai pendiam, tidak banyak bercakap untuk melahirkan idea atau perasaannya .. mereka juga tidak suka heboh-heboh tentang sesuatu perkara , tetapi pada masa yang sama meletakkan diri pada satu piawaian yang tinggi .. korang nie bukan cam mami jarum laa .. bgus-II !

# freefaller

mudah berkawan dengan sesiapa saja dan suka bertindak melulu .. Perasaan mereka mudah tegang dan cepat tersinggung .. biasanya , mereka juga tidak suka dikritik atau situasi yang ekstrem .. mksudnye korang nie agak sensitif laa kan ? auww-II ! hati legend .. hehehe ..

# starfish

mereka boleh dijadikan kawan kerana selalu sedia menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu jika perlukan pertolongan .. secara umum, mereka tidak suka jika menjadi perhatian orang lain .. ouhhh ! korang nie pentingkan privacy yee ? tapi ! kalo korang tido dlm posisi nie korang lebih cenderung utk berdengkur n mendapat tido yg ta berkualiti .. 


selain tuh , ada lg kajian yg telah dibuat .. jum baca yg bawah nie pulakk .. 




1. Menelentang dengan kaki dan tangan yang terbuka luas

korang digambarkan sebagai seorang yang suka kebebasan dan seorang kekasih yang menyenangkan hati .. tetapi , kamu seorang yang boros , and bernasib baik kerana pendapatan juga lumayan ...

satu lagi , sikap korang yang tidak digemari ramai orang ialah suka menjaga tepi kain orang dan seronok bergosip .. entah siapa pula selepas ini yang menjadi `mangsa' gosip korang ! jangan gosip-II taw .. ahahaha

2. Menelentang dan kaki bersilang

mereka yang tidur dengan gaya seperti ini adalah seorang yang memikirkan tentang dirinya dan sukar menerima perubahan ..

mereka juga suka bersendirian tetapi seorang yang boleh bertolak ansur .. kamu loner ! hehehe .. tapi at least korang bole bertolak ansur .. oke laa tu :)

3. Menelentang dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di bawah kepala


cara tidur seperti ini melambangkan individu tersebut mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi dan bersemangat belajar tentang sesuatu .. yg nie orang pandai .. huhuhu .. untunglaa korang !

bagaimanapun , ada kalanya kamu mempunyai banyak idea yang pelik sehingga menyukarkan orang lain mengikutinya .. haihhh ! macam-II laa :P

dari sudut yang lain , kamu adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga .. masalahnya , kamu sukar jatuh cinta dengan sesiapa .. atau , mungkin kerana korang seorang yang pemilih ? errkkk ! yg tu korang jawab sendiri ..

4. Tidur meniarap dan kedua-dua belah tangan di angkat dan bengkok sedikit

jika kamu tidur sepanjang malam dengan muka menghadap tilam , kamu berkemungkinan seorang yang tidak berfikiran terbuka ..

kemungkinan , kamu juga tidak mempedulikan hal orang lain .. kamu juga selalu memaksa orang lain supaya memenuhi keperluan kamu .. ape cer beb ?! selalu tidak berhati-hati dan kurang teratur .. mungkin , korang kena ubah cara tido .. huhuhu ..

5. Tidur dengan cara sisi

melambangkan bahawa korang seorang yang berkeyakinan .. pada masa yang sama , korang dapat melihat kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan .. wahhh ! hebat-II !

ini semuanya hasil usaha tanpa henti yang anda lakukan .. mereka yang tidur pada sisi kanan, tangan kanan diregang hingga ke atas kepala dipercayai akan dikurniakan kuasa dan tuah ..

6. Sisi dan badan merengkok

korang digambarkan sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri , cemburu dan pendendam .. errr ?? mereka yang berada di sekeliling kamu harus berhati-hati, kerana kamu seorang yang mudah marah .. 

7. Sisi, lutut sedikit bengkok dan sebelah tangan di atas tubuh

berbeza dengan personaliti sebelum ini , korang adalah seorang yang lembut , ikhlas , penyayang dan berbudi bahasa ..

bagaimanapun , ini bukanlah ukuran bahawa anda seorang yang sempurna ..

ada baiknya , korang belajar meningkatkan keyakinan diri dan menerima kesilapan atau sesuatu yang mungkin kurang sempurna .. tetapi, kebahagiaan tetap muncul dalam perjalanan hidup korang..

8. Sisi dengan sebelah lutut bengkok

korang digambarkan sebagai seorang yang cerewet dan selalu merungut .. cepat gemuruh , mudah tertekan , teruja walau hanya perkara-perkara kecil .. korang perlu belajar untuk relaks .. chill oke ! 

9. Tidur seolah-olah dalam keadaan berdakap


korang sebetulnya dalam kesunyian dan kemurungan kerana terlalu obses dengan kegagalan masa lampau dan masalah yang korang hadapi ..

tidur dengan cara ini juga menggambarkan , bahawa korang seorang yang ragu-ragu dan sukar membuat keputusan .. Ini menyebabkan ramai yang berpandangan bahawa korang hilang kasih sayang dalam kehidupan .. kesian-II ..

10. Berselubung dalam selimut


jangan terkejut kalau dikatakan , korang hanya kelihatan `macho' ketika di tempat awam, tetapi hakikatnya korang seorang yang amat pemalu dan lemah .. ouhhh ! begitu !

korang juga menyimpan banyak rahsia .. tapi , jika korang berdepan dengan masalah , korang hanya memendam dan menderita sendirian tanpa mendapatkan nasihat atau bantuan sesiapa .. maybe korang patut share masalah ngn orang laen jugakk .. sharing is caring !

sebab tu lahh , wajah korang juga sering berkerut ketika tidur .. 


p/s : jgn laa percaya 100% ye .. itu hanyalahh kajian semata-mata ..


thanks to reader(s) .. CLICK LIKE BUTTON :) 



3 comments:

copyright by fathihah hashim aka mcQaQ aShie