tabung masa depan !

Saturday 29 December 2012

khasiat coklat :)


assalamualaikum :)


hye u olls !


haihhhh ! stressss ! kepala aku dah sakit sesgt .. byk sgt study walaupun ta banyak ilmu yg aku ingat .. huhuhu .. yg penting badan n minda aku sgt penat sekarang .. nie belomm start exam lagi .. fuhhh ! ehh , ta bole camni ! kena study smart jugakk .. kalo ta acano na dapat 3.5 utk sem 1 nie .. bila pk pasal pointer , aku rasa takut laa pulakk .. bukan senang na dapat 3.5 .. 


tadi aku godek-II PAKCIK GOOGLE tentang cara na kurangkan stress .. then , tetibe aku teringat yg kawan aku penah cakap "makan coklat bole kurangkan stress" .. so , dengan sepantas kilat aku mencari ape khasiat coklat ..na taw ta ? kalo na taw , mehh baca kat bawah nie .. ^_^




KHASIAT COKLAT 


# Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins and phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.


# Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

#
Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.


# Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati
coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.


# Coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

# Makan coklat dikatakan boleh
menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

#
Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

# Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.


# Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).


# Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

p/s : Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan ..


haaa ! dah tahu kan ? so , jum kita sme-II makan coklat ..yeahhhh ! ahahaahah ..


korang suka makan coklat ape ? aku suka CADBURRY .. :) nyumm-II !





oke ! dah siap menconteng :) 

thanks to reader(s) .. CLICK LIKE BUTTON :D



3 comments:

  1. mun suka coklat..hehe
    tp skrang dah kurang sikit makan sbb cepat muak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. auww-II ! jgn makan yg fully coklat sygg .. makan yg ad hazelnut ke , raisin ke ... nanti ta cepat muak :)

      Delete
  2. nasib baek Zack suka makan coklat.. he3

    ReplyDelete

copyright by fathihah hashim aka mcQaQ aShie