tabung masa depan !

Saturday 12 January 2013

Shila Amzah - Asian Wave 2012


assalamualaikum :) 


na tengok ta video Shila Amzah masa kat Asian Wave 2012 ? meh tengok :)




thanks :)

Cinta Vlog


assalamualaikum :)


hye u olls !


korang dah tengok cite Cinta Vlog ?  kalo belom tengok , meh tengok kat sini ^_^


pelakon cite nih ialah Aliff Aziz n Wawa Zainal :)





sumber : youtube


thanks 


Tuesday 8 January 2013

neelofa pengacara meleTop

assalamualaikum :)


MeleTOP merupakan program hiburan sensasi dan trending terkini daripada pentas hiburan tempatan dan antarabangsa yang merangkumi gosip, filem, muzik, internet dan sebagainnya .. dan pengacara bagi rancangan ini ialah 2 artis muda n trendy , Nabil Ahmad n Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa) ..








2 artis ini mengacarakan episod pertama rancangan MeleTop yang mula disiarkan di Astro Ria pada 30 Oktober 2012 yg lalu ..  ada segelintir penonton tidak suka cara penyampaian Neelofa yg disifatkan sebagai gedik .. menjawab isu itu , Neelofa dalam kenyataan sebuah portal berkata , dia tia menganggap dirinya gedik .. sebaliknya dia lebih bersetuju jika penonton melabelkannya sbg lincah n aktif ..


klik sini --->  meleTop


walau apepon , selamat maju jaya laa Neelofa sbg pengacara yaa ^_^


thanks :)



Sunday 6 January 2013

Sumayyah wanita pertama syahid di jalan Allah

assalamualaikum :)


hye u olls !


hari nie na update pasal wanita pertama syahid di jalan Allah iaitu Sumayyah binti Khayyath .. Subhanallah ! begitu kuat keimanan beliau walaupun berbagai rintangan dan seksaan yg diterima beliau .. mesti korang penah dengar lagu Sumayyah by Hijjaz kan ? ingat ta ? ni haa liriknya


Lirik Lagu Sumayyah oleh Kumpulan Hijjaz

Dalam dirimu selembut sutera 
Kau miliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama 
Dirimu bak lentera

Dibelenggu jahiliah 
Kau tempuh dgn berani
Walaupun jasadmu milik tuan 
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi 
Ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak 
Dibaring menghadap mentari

Disuruh memilih iman 
Atau kekufuran
Samar jahiliah atau 
Sinar akidah…..

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tegar memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa

Lalu tombak yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak 
Berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipta sejarah….

Sumayyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah…




inilah kisah disebalik lagu Sumayyah tersebut .. marilah kita sama-II renungkan :)


Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.

Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.

Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.

Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.
Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.


Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."


Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2). 


oke ! done :)


klik sini --> SINI

thanks :)

sumber : Sumayyah



Saturday 5 January 2013

kisah Valeria Levitin - wanita paling ringan di dunia


assalamualaikum :)

hye u olls !



ini adalah gambar Valeria Levitin 

Valeria Levitin, 39 tahun, merupakan seorang gadis yang normal satu masa dulu .. Tetapi oleh kerana desakan dari org yg rapat dgnnya yang menganggap dia merupakan seorang yang gemuk dan harus menurunkan berat badan, maka dia mengikut segala desakan itu .. Kalau sebelum ini dia mempunyai berat gadis yang normal, tetapi kini berat badannya hanya 25kilogram sahaja dengan ketinggian  170cm ..




          Pada  usia 16 tahun dengan berat 50kg, dia berpindah ke Chicago , Amerika .. Terdesak untuk menyesuaikan diri di sekolah baru, dia menyangka bahawa jika dia kehilangan berat badan, dia akan diterima dan disukai .. Untuk itu, dia menyekat pengambilan gula dan karbohidrat dalam pemakanannnya dan hasilnya, sehingga kini  badannya adalah tidak toleran kepada gula dan karbohidrat dan tidak dapat memproses makanan tersebut walaupun dia mahu .. 


Ibunya pula amat runsing jika berat badannya bertambah seperti saudara-maranya yang lain maka ibunya sering menimbang badannya dan mengawal pemakanannya .. Apabila dia berumur 23 tahun, saiz pakaian Valeria telah menjunam daripada saiz 12 iaitu saiz pakaian yang sihat kepada saiz yang amat kecil iaitu saiz 6 ..



Memutuskan untuk menjadi model membuat keadaan lebih teruk lagi, kerana dia diberitahu dia masih terlalu gemuk untuk menjadi model .. Berat badannya turun sehingga 38kilogram pada usia 24 tahun dan dia telah diharamkan untuk menyertai tarian berikutan kebimbangan jika dia mencederakan dirinya .. 


Penyakitnya juga telah membuat hidupnya sangat sunyi .. Valeria tidak mempunyai teman selama 10 tahun kerana mempunyai hubungan dengan teman lelaki adalah sukar kerana dia tidak dapat melakukan perkara yang biasa seperti pasangan lain seperti pergi ke restoran untuk makan dan juga aktiviti lain ..

wajahnya suatu ketika dahulu ^_^





oke ! done :)

klik sini --->  SINI^_^


thanks :)


Friday 4 January 2013

diorang ada iras kan ?

assalamualaikum :)

hye u olls !


ce tengok nie .. diorang ad iras kan ? sape diorang ? ni haa , Shila Amzah dgn Jessica SNSD .. meh usha gambar diorang ^_^


ADA PERSAMAAN TAK ?


                           


           












                      





yg belah kiri korang Shila Amzah n yg belah kanan Jessica SNSD ..


oke ! done :)


klik sini dulu ----->   SINI ^_^


thanks :)

                                                                 

Thursday 3 January 2013

nikita willy - ku tetap menanti

assalamualaikum :)


hye u olls !


penah dengar ta lagu Ku Tetap Menanti by Nikita Willy ? na dengar ? silakan ^_^




tuan lagu ini :)











lawa kan ? haa ! memang pon :)


klik sini ----> SINI ^_^


thanks to reader(s) .. CLICK LIKE BUTTON :D
copyright by fathihah hashim aka mcQaQ aShie